Anfinor Games

Follyvale

Teka-teki objek tersembunyi tanpa kata dalam lukisan Zaman Pertengahan yang hidup. Cari barang yang diperlukan penduduk dan bawa merentasi lukisan untuk menyelesaikan masalah mereka, satu demi satu hingga lukisan penuh warna. Tiada pemasa atau kegagalan; si Pandir membantu atau sesekali menghalang.

Melangkah masuk

Setiap lukisan bernyawa. Peluncur meluncur di atas ais, seorang tukang masak wanita mengacau isi periuknya, kanak-kanak mengejar gelung di jalan. Perhatikan dengan teliti dan anda akan menemui mereka yang memerlukan bantuan, serta sesuatu berdekatan yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Dataran Karnival, sesak dengan penduduk kampung yang menjaga gerai, bermain dan bertengkar

Tanpa perlu kata-kata

Tiada sesiapa menerangkan apa-apa, dan tiada apa-apa ditulis. Anda menyedari suatu masalah, mencari sesuatu di sekeliling yang boleh membantu, lalu mencubanya. Sesetengah penyelesaian memerlukan beberapa langkah merentasi seluruh lukisan. Tidak perlu tergesa-gesa dan tiada kegagalan, dan apabila anda buntu, si Pandir ada untuk menunjukkan arah yang betul.

Bangsal Kenduri Kahwin, tetamu di meja panjang dan si Pandir di muka pintu

Dari adegan ke adegan

Melangkah keluar dari satu lukisan ke lukisan seterusnya: dataran yang sesak, bangsal yang penuh dengan tetamu kenduri kahwin, bukit di atas hamparan salji. Setiap satunya sebuah dunia kecil tersendiri, dan setiap sudut menyimpan sesuatu untuk ditemui.

Bengkel Pelukis, dengan lukisan di dindingnya yang membawa anda ke adegan lain

Penghormatan kepada pelukis agung dahulu

Follyvale mengambil ilham daripada adegan kampung pada tahun-tahun 1500-an, yang dilukis oleh Pieter Bruegel yang Tua dan para pelukis Flanders di sekelilingnya. Mereka antara yang terawal meletakkan orang biasa sebagai tumpuan lukisan: petani menuai, kanak-kanak bermain, penduduk kampung di kenduri kahwin atau di luar dalam salji. Adegan mereka yang sesak penuh dengan kisah kecil dan jenaka, dan berabad-abad kemudian masih terasa hidup.

Banci di Betlehem dalam salji, peluncur ais di kolam dan pedati di rumah tumpangan
  • 15+ adegan lukisan Zaman Pertengahan dihidupkan, dengan 200+ teka-teki untuk diselesaikan
  • Tiada kata, tiada pemasa, tiada kegagalan
  • Langit, cuaca dan burung yang berubah semasa anda bermain
  • Muzik Zaman Pertengahan dan bunyi kehidupan seharian di kampung
  • Si Pandir yang menunjukkan jalan, dan terlelap jika anda membiarkannya sendirian
  • Pencapaian daripada yang mudah hingga yang amat sukar

Tangkapan skrin